Tuesday

maut

baby sotong, siakap 3 rasa, kailan ikan masin, sotong goreng tepung.... Indah dan nikmat makan malam di sebuah restoran yang agak popular di Kota Tinggi bersama 3 rakan sekerja ku yang lain. Naik sebu perut aku sbb dah lama tak makan 'seafood'. Alregic dgn seafood tapi hawa nafsu ku tidak dapat dikawal lagi lalu aku 'hentam' kesemuanya...

Nahas aku malam nie. Sebaik sahaja selesai makan... tetiba perbualan yang rancak tadi terus senyap!!!

'kepala terputus?!! BILA? !! Skang!!! OKOK!!!!!

Panggilan telefon salah seorang sahabat kepada kawan aku itu... terus membuatkan muka aku dan 3 rakan yang lain melihat sesama sendiri. Bukan tak paham tapi cuba utk buat2 tak faham. Tapi akur dgn tanggungjawab sbg seorg pekerja yg ala-ala 'dedikasi' , 2 rakan aku yang lain terus ke kaunter dan membayar bil.Dengan pantas meluru ke dalam kereta dan menuju ke jalan Mersing.

Sunyi sepi dan gelap gelita. Sampai di satu selekoh, aku dapat tengok jalan jem. Agak panjang. Aku arahkan kawan aku BOB, mengambil laluan di lorong sebelah kiri. Jalan atas rumput. Itu sahaja pilihan yang ada. Sambil itu, terdengar suara2 sumbang dari kereta lain 'TUNGGULAH GILIRAN ANDA.. SILA BERATUR!!'
"Setan..." Hati ku berdetik.

dapat port agak baik, BOB pun park kereta. Dengan pantas aku mengeluarkan kelengkapan peralatan 'tugas' aku dan bob dengan alat canggih dia.. dan member aku sorang lagi ikut dari belakang. Manakala sorang lagi dgn sukeralanya menawarkan diri utk menunggu sahaja di dalam kereta. Fobia katanya...

Aku bertiga jalan agak pantas sejauh kira-kira 1km. Kelihatan semua pemandu kereta, bas, lori, van keluar dari kenderaan masing2 dan menunggu sahaja di luar. Yg motorsikal terus meluru ke arah depan. Setibanya aku di tempat kejadian, bau hangit dan hanyir menusuk ke dalam ruang lubang hidung ku.Terasa mcm baby sotong yg aku telan tadi menari-nari dalam perut dan terus naik ke dalan rongga tekak aku!!
Aku mengucap panjang dan berselawat selepas melihat apa yang terjadi.

Sebuah kereta wira bertembung dengan sebuah lori pasir. Kereta yang sudah tidak ada rupa macam kereta melintang di tengah jalan manakala lori dah tereperosok ke dalam longkang berhampiran. Kaca bertaburan di atas jalan.

Sebuah jentera bomba dengan beberapa pengawai sedang memotong bangkai kereta.Kelat jer aku tengok muka pegawai bomba yang tengah buat kerja time tue.Tetiba, aku dihampiri seorng anggota polis trafik berpangkat koperal.

"Tiga terbunuh. Tengah nak keluarkan satu lagi mangsa yang tersepit dalam kereta. Tapi muka dah hancur.Otak dah bersepai...."

Aku kedepan sedikit dan berdiri bersebelahan dengan lori yang terperosok dalam longkang utk melihat keadaan mangsa. Nasib baik aku jenis kuat semangat. Ada juga beberapa polis yang menegur 'berani awk tgk yer...!!'Jawapannya,mungkin aku dah biasa.Orang ramai sudah mula mengerumuni kawasan kemalangan maut itu. Terdengar juga tengkingan polis supaya mereka berdiri jauh dari kawasan kereta.

Akhirnya mayat berjaya dikeluarkan. Memang tak ada muka. Tepat sekali kalau aku kata hanya tinggal sisa danging sahaja di bahagian kepala tetapi anggota yang lain lengkap. Aku berselawat dan membaca doa mana yang patut. Mayat disusun bersebelahan antara satu sama lain. Identiti melayu. Difahamkan dua adalah adik beradik manakala seorg lagi saudara.

Pengecaman dilakukan oleh adik dan kakak mangsa yang muncul entah dari mana aku pun tak tahu. Aku masih tak dapat maklumat lagi.

Koperal tadi menghampiri aku dan berdialog semula.
"..nak kena kutip sisa otak dia nie.Baik-baik langkah awk tue. Cuba awk tengok sebelah awk nie. Agak2 apa benda nie.."

Aku cuma tersenyum dan melihat kaki ku di sebelah kanan. Dengan hanya bersuluhkan cahaya biru kelip2 kereta peronda.. aku tengok macam benda lembik.... Fahamlah aku apa benda tue sebenarnya. Bengitu jauh serpihan daging otak si mangsa terpelanting.

Selesai tugas , we all pun beredar. BOB baru perasan tapak kasut dia dipenuhi dengan darah dan serpihan daging.Terpaksa membersihkan dahulu sbb takut benda2 tak sepatutnya ikut balik.

Diam seketika dalam kereta. BoB memandu agak perlahan dan aku terus mendiamkan diri. ...Aku berfikir sejenak,kenapa budak lelaki yang berdiri sebelah aku tadi tue berpakaian sama seperti salah seorang mangsa eksiden tadi? Dia hanya memandang ke arah ku dan mukanya agak sugul. dan tiba2 hilang...

No comments: