Thursday

anak - Freddy Aguilar

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Wednesday

pengorbanan seorang ibu

"............ko kena ikhlas dan tekun.semoga keikhlasan dan ketekunan ko dibalas dengan seorang anak yang soleh dan solehah......"

Itulah antara barisan ayat yang ditype dalam chatting FB bersama rakan sekolah ku. Aku menceritakan betawa tak semangatnya aku nak terus bekerja dan hidup di Kota metropolitan -KL- tampa anak dan suami di sisi. Seakan semuanya yang aku lakukan serba payah.

Hari ini hari rabu. Baru semalam -Selasa- aku pulang semula ke KL dari Pontian. Keletihan memandu sehingga sekarang masih terasa. Sebenarnya dah rancang hujung minggu lepas tak pulang, tetapi mendengarkan khabar anak ku -zafreen- demam selesema dan batuk, aku kuatkan diri dan mental memandu ke Pontian.

Pulang semula ke Kuala Lumpur dengan rasa berat hati, dengan seribu langkah yg longlai. Kerana anak ku belum sihat sepenuhnya. Kesiannya anak aku ditinggalkan bersama pengasuhnya. Maafkan ibu kerana terpaksa meninggalkan mu sementara. Demi masa depan mu juga.....

Itulah pengorbanan seorang ibu. Entahkan anak aku kenang bila besar nanti...entahkan tidak. Aku berhabis duit, berhabis tenaga, berhabis cuti tahunan,pulang setiap minggu ke Pontian hanya kerana tidak mahu anak aku rasa ketiadaan diri aku di samping dia.

Itulah pengorbanan seorang ibu. Begini rupanya rasa kasih ibu terhadapnya anaknya. Selama 24 tahun aku merasa bagaimana menjadi anak, kini ku selami pula rasa sebagai seorang ibu.

Memang benar org kata, ibu sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan, kegembiraan anak-anaknya. Tetapi belum tentu seorang anak sanggup berbuat demikian utk seorang ibu.

Aku terus berdoa dan berdoa agar aku, anak dan suami akan disatukan.

-mudah-mudahan-

Thursday

chii chak...

...."CHII CHAKK"... itulah ayat pertama yang boleh anakku sebut dengan sempurna. Terasa rindu sangat bila teringat gelagat nakal anakku itu. Kesian dia sebab terpaksa berjauhan dengan ibunya. Kebiasaan kanak-kanak lain seusia dengannya selalu berdampingan dengan ibunya, kerana hanya ibu sahajalah yang sanggup melayan karenah manja dan nakal anak-anak mereka. Kasih seorang ibu berlainan dengan kasih seorang bapa.