Thursday

foolish game

HIDUP aku selalu dibayangi makhluk bernama 'tak sampai hati'. Kemana aku pergi, makhluk tue mesti ikut. Aku diving pun, dia ikut dive sama..Time kerja lagik lah dia ikut! Time makan,time tidor, time karaoke... Boleh dikatakan segala timelah...
Cuba jugak aku tinggalkan secara diam, tapi makhluk tue sedar, lalu terus mengejar aku.Aisey..leceh lah! Buhsan betul!!

Bila dia ada, keputusan yang aku buat banyak dipengaruhi makhluk tue. Sbb tue sampai skang aku nie hidup tak aman gamaknya. Ada beberapa perkara dan keputusan yang agak bermakna dalam hidup tak dapat dibuat secara rasional kerana kewujudan makhluk itu. So, yang sengsaranya aku! Argh....aku tertekan!!! Bukan jalan ini yang aku mahu!!

Mcm mana aku nak meninggalkan makhluk tue? Apa yang perlu aku buat supaya makhluk tue tak ikut aku lagi!!! Tapi aku rasa, mcm dah terlambat pong tok memperbetulkan keadaan sekiranya peluang itu ada..

Masih ada sinar cahaya di hujung terowong!!!

1 comment:

Anonymous said...

xanda، تريما كاسيه سبب سيمڤن كات - كات اكو يڠ تق سبراڤ. بيلا اكو باچ چريتا ko ني، اكو راس ko ني اد باكت بسر دالم ڤنوليسن. بوات نوۏل ك چرڤين ك. چوبا la. بوليه كاي beb.