Saturday

My son...

9/9/08
muka dia sewaktu baru jek keluar dari prot ku..
masih bengkak lagi muka dia...



masa nie dalam pantang lagi...



dia senyum dengan 'kawan dia' kot...





anak aku nie suka mengerutkan dahu n kening dia..
kata suami aku





baru jer dilahirkan



Baby aku tidor tak suka dibedung.
Lagi dibedung lagi melalak




Laporan kejadian yang ingin diketahui oleh rakan ku.

8 Nov 2008

1.00 pm bangun tidor.. Aku dah diberi MC seminggu. Esk ikutkan my last check up. Suddenly rasa sakit prot macam nak ter'berry'.... dah pie toilet tapi tak der apa2 pun...

3.00pm rasa sakit lagi

5.00pm-9.oopm melayan sakit prot yang datang sekejap sekejap sambil ber Ym dengan kawan2ku.. Tak ada mood nak makan.

9.30pm-5.00 am- masuk bilik n baring sambil menahan sakit prot yang makin sakit n kerap.

9 november 2008

5.00pm suami ajak pie spital check up. Tapi aku cakap aku malas. Aku kata "argh....sok pagi jek lah kita pie. Nie i rasa i salah makan nie.....". Pasal aku mula muntah-muntah balik. AKu rasa mabuk.

6.30am- aku dah mula rasa tak tentu arah. Pasal rasa sakit makin menjadi jadi. Suami ku call mak dia tanya amacam.. mak mentua suruh pie spital jugak.

7.00am- Check up kat kat spital pontian (Bahagian wad bersalin) Nurse periksa pembukaan. Dia kata..."Dah 3 cm nie. Spatutnya awk trus datang check up bila rasa sakit"
Masalahnya mana aku tau tue sakit nak bersalin. Ingatkan sakit nak terberak. Muahahahaa....
call mak aku kat skudai.. suh datang bawak kan sekali air selusuh.

7.00am-10.00am- saat nie lah sakit umpama 1000 penyakit dijadikan satu. Perghhhh... tak tahu nak gambarkan macam mana. Aku dah berpeluh-peluh menahan sakit walaupun bilik aku tue berair-cond n berkipas. Aku muntah-muntah.. sampai muntah kuning. Prot aku tak berisi apa dr malam tadi.

10.00am- rasa dah tak tahan. Pie balik kat tempat nurse tue suh nurse check pembukaan. Wah.. dah 5 cm. Nurse suh aku amik baju baby. Pergh.. dia suh aku!! Apa lah salahnya dia yang amik kan. Aku dah rasa mcm tak leh nak bejalan pasal menahan sakit yang amat sangat.
Sebelum amik beg.. kluar jengah mak n laki aku kejap. Mak aku suh minum air selusuh n sapu sket kat tang prot.

10.00-12.00pm - wuargh.... nurse kata dah 8 cm. dia suh aku meneran. AKu cuba dan cuba..
Bak kata laki aku..push..push...
AKu dok push tapi baby mcm tak nak keluar. Aku siap nak terlelap lagi pasal kepenatan. Nurse siap pesan.. "adik.. ini time nak bersalin. Bukan time tidoq. Awk kena push terus menerus. Jangan benti-benti....."

Perghh.. dia tak tahu agaknya nafas aku dah pendek-pendek pasal kepenatan. Dah lah aku tak makan.

12.05PM
wah... at last... kluar jugak baby ku tue. .....
Shukur alhamdullilah.... Sungguh comel. Apabila mendengar suara babyku menangis.....aku rasa sayu hati. Lepas dibersihkan,diazan dan iqaamatkan oleh suami ku.. Aku terus bagi dia 'nenen'. Memula baby ku tak tahu nak menghisap. Tapi setelah diacu terus ke dalam mulutnya berkali2... last2 dia nyonyot jugak. Happynya aku.
saat itu aku rasa hiba .. kerana aku sudah mempuayai seorang cahaya mata..

ps: Tak nak aku besalin kat Hospital kerajaan lg!!!!!!!!


Thursday

masa

aku masih mencari masa lapang utk menceritakan pengalaman ku sewaktu bersalin, menceritakan perasaan ku yang kini bergelar sebagai seorang ibu...
serta
mengupload gambar anak ku serta gambar ku yg terkini...