Saturday

My son...

9/9/08
muka dia sewaktu baru jek keluar dari prot ku..
masih bengkak lagi muka dia...



masa nie dalam pantang lagi...



dia senyum dengan 'kawan dia' kot...





anak aku nie suka mengerutkan dahu n kening dia..
kata suami aku





baru jer dilahirkan



Baby aku tidor tak suka dibedung.
Lagi dibedung lagi melalak




Laporan kejadian yang ingin diketahui oleh rakan ku.

8 Nov 2008

1.00 pm bangun tidor.. Aku dah diberi MC seminggu. Esk ikutkan my last check up. Suddenly rasa sakit prot macam nak ter'berry'.... dah pie toilet tapi tak der apa2 pun...

3.00pm rasa sakit lagi

5.00pm-9.oopm melayan sakit prot yang datang sekejap sekejap sambil ber Ym dengan kawan2ku.. Tak ada mood nak makan.

9.30pm-5.00 am- masuk bilik n baring sambil menahan sakit prot yang makin sakit n kerap.

9 november 2008

5.00pm suami ajak pie spital check up. Tapi aku cakap aku malas. Aku kata "argh....sok pagi jek lah kita pie. Nie i rasa i salah makan nie.....". Pasal aku mula muntah-muntah balik. AKu rasa mabuk.

6.30am- aku dah mula rasa tak tentu arah. Pasal rasa sakit makin menjadi jadi. Suami ku call mak dia tanya amacam.. mak mentua suruh pie spital jugak.

7.00am- Check up kat kat spital pontian (Bahagian wad bersalin) Nurse periksa pembukaan. Dia kata..."Dah 3 cm nie. Spatutnya awk trus datang check up bila rasa sakit"
Masalahnya mana aku tau tue sakit nak bersalin. Ingatkan sakit nak terberak. Muahahahaa....
call mak aku kat skudai.. suh datang bawak kan sekali air selusuh.

7.00am-10.00am- saat nie lah sakit umpama 1000 penyakit dijadikan satu. Perghhhh... tak tahu nak gambarkan macam mana. Aku dah berpeluh-peluh menahan sakit walaupun bilik aku tue berair-cond n berkipas. Aku muntah-muntah.. sampai muntah kuning. Prot aku tak berisi apa dr malam tadi.

10.00am- rasa dah tak tahan. Pie balik kat tempat nurse tue suh nurse check pembukaan. Wah.. dah 5 cm. Nurse suh aku amik baju baby. Pergh.. dia suh aku!! Apa lah salahnya dia yang amik kan. Aku dah rasa mcm tak leh nak bejalan pasal menahan sakit yang amat sangat.
Sebelum amik beg.. kluar jengah mak n laki aku kejap. Mak aku suh minum air selusuh n sapu sket kat tang prot.

10.00-12.00pm - wuargh.... nurse kata dah 8 cm. dia suh aku meneran. AKu cuba dan cuba..
Bak kata laki aku..push..push...
AKu dok push tapi baby mcm tak nak keluar. Aku siap nak terlelap lagi pasal kepenatan. Nurse siap pesan.. "adik.. ini time nak bersalin. Bukan time tidoq. Awk kena push terus menerus. Jangan benti-benti....."

Perghh.. dia tak tahu agaknya nafas aku dah pendek-pendek pasal kepenatan. Dah lah aku tak makan.

12.05PM
wah... at last... kluar jugak baby ku tue. .....
Shukur alhamdullilah.... Sungguh comel. Apabila mendengar suara babyku menangis.....aku rasa sayu hati. Lepas dibersihkan,diazan dan iqaamatkan oleh suami ku.. Aku terus bagi dia 'nenen'. Memula baby ku tak tahu nak menghisap. Tapi setelah diacu terus ke dalam mulutnya berkali2... last2 dia nyonyot jugak. Happynya aku.
saat itu aku rasa hiba .. kerana aku sudah mempuayai seorang cahaya mata..

ps: Tak nak aku besalin kat Hospital kerajaan lg!!!!!!!!


Thursday

masa

aku masih mencari masa lapang utk menceritakan pengalaman ku sewaktu bersalin, menceritakan perasaan ku yang kini bergelar sebagai seorang ibu...
serta
mengupload gambar anak ku serta gambar ku yg terkini...

Tuesday

namanya....

MOHD EFFSHA ZAFREEN BIN MOHD SHAFIEE....

Sedap tak namanya......? Yag bijak maksudnya..
Insya'allah...itulah nama yang akan aku berikan pada baby boyku yang
bakal menerjah keluar dari perutku tak lama lagik...

20hb September 2008..itulah tarikhnya.. Tapi kata org tua2.. anak sulung selalunya
akan keluar seminggu lebey awal.
Apa pun..kalau dia dah nak keluar sekarang pun lagi elok. Perut aku dah mengeras dengan lebih kerap dan dah mula rasa sakit sekejap-sekejap yang kerap jugak.
Aku rasa xcited pun ada, takut, gelisah, geram(sbb baby aku suka menonggeng membuatkan perut aku mengeras).....

Entah macam mana rupa aku time tengah bersalin nanti. Aku dah berpesan dekat suamiku..
time aku meneran nanti aku nak dia disamping aku. Biar dia tgk mcm mana suasana bersalin tue...

Bab kejer.. so far im happy in what im doing now. Barulah aku rasa bekerja jika nak dibandingkan waktu di KL dulu. Walaupun masih tak berapa petah lagi bercakap dekat copong micropon tue.. tapi aku cubalah yang terbaik.


aduh..tendangan sudut baby aku mula membuatkan aku rasa macam nak balik umah n baring jek. Aku tak tahulah bila dia dah keluar nnt ligatnya macam apa..

to be continued...

Monday

riwayat ...

Aku harap LOMU ditempatkan dengan kucing-kucing yang beriman yang lain..

amin..

1st day

8.30 pagi aku mula lapor diri dekat tempat kerja baru aku dekat RTM Johor (Johor FM).
Mata memang mengantuk giler pasal aku kena wake up at 5.30am and travel to Johor from my house at Pontian. .. Hmmmm..

1st day at my new office- tak terasa janggal sbb rata-rata aku dah mengenali mereka di bilik berita dan bahagian rancangan radio. Cuma kepala aku blur tak tahu nak buat apa pasai tak ada kerja. Almaklumlah 1st day..

Yang lain tengah sebuk membzkan diri dengan Hari terbuka RTM weekend nie. So aku tercongok jek kat meja aku....

Hope everything's goin to be fine....

Saturday

1 tahun

Mei 2007
- report duty at RTM, Angkasapuri Kuala Lumpur. Dok menumpang dekat umah kawan aku kat pantai Hill Park.Tak bawak banyak baju cuma takat sehelai dua jek. Budget n dengan rasa kondifntnya dapat balik kejer kat RTM Johor.
- Lepas dua hari induksi, aku demam panas pulak. Ada sowang member SBM hantar pie klinik dekat Bangsar. Hari ketiga di KL aku mc. So tak tahu result ditempatkan di mana.
- Hari ke-4 pie jumpa pegawai di bahagaian Sumber Manusia, RTM. Amik surat penempatan tepat bekerja. ALAMAK.....aku ditempatkan di JAKIM (Bahagian media n elektronik)
AKU BUNTU. Mintak tukaq tapi di REJECT. Balik JB amik kater.
aku Redha..

-Memulakan kerja di JAKIM, Putrajaya. Tuhan jer tahu bagaimana perasaan aku time tue. Aku rasa macam nak berhenti kerja pun ada. Atas sebb:
1. aku tak ada tudung n tak banyak baju kurung.
2. dan yang amat TERUTAMA, kerja tak kena dengan jiwa. Warghhhh....... kenapa aku!!!!

Jun-November 2007
- aku kerja dalam KETERPAKSAAN. Bukan banyak kerja pun. Kebanyakkan hari aku datang kerja goyang kaki jer. Buhsan nya... Rasa tak PRODUKTIF langsung. Tiap hari aku berdoa agar permohonan pertukaran aku diluluskan. Tapi hampeh. DIREJECT hidup2...

Disember 2007
-aku selamat dijabkabulkan sebagai seorang isteri selepas hapir 2 tahun bertunang. Walaupun tidak pasti sama ada betul atau tidak keputusan aku tue, aku REDHA jer la. Bila dikenang-kenang dan diimbas-imbas, aku banyak berserah nasib kepada takdir kerana tak DAYA dan TERDAYA.

Januari -April 2008
- ALHAMDULILLAH, aku disahkan mengandung. Perubahan diri, sangat emosional dan sensitif.
Menjalankan kerja macam biasa. Tapi kalau ada peluang aku drive balik Jb everyweekends. Duit gaji habis dekat tol ngan minyak jek. Sib baik minyak tak naik harga lagi.

April-Jun 2008
- Yahooo.. permohonan pertukaran aku ke Johor diluluskan. finally.... if not, i got no other option then to just quit my job.
-Menyertai kursus Kewartawanan Penyiaran selama 2 bulan setengah. Bagus!!! Aku suka. At least aku dah tak payah masuk opis kat PUTRAJAYA tue lagik....

14 JUN 2008
Aku balik jb... Akhirnya..... Tuhan jek yang tahu bagaimana perasaan gumbira aku meninggalkan kota Kuala Lumpur tue.. Aku serik sbb KL tak sejiwa dengan aku.


............................




Tuesday

im so excited....


3 month to go......
wah..... tak sabar rasanya nak melihat muka baby aku nie..
Aku sentiasa berdoa agar kandungan aku selamat sewaktu
kelahirannya...

Friday

complicated..

arghghh.... apasal lah kawan aku sowang nie complicated sangat..
Menyampahnya aku.......

Thursday

Salam kepada bloggers baru..

Selamat datang rakan-rakan ku yang baru sahaja menerjah masuk ke dunia blogging....
(setelah disuruh oleh salah seorang fasilitator ... )

Aku menulis blog nie pun bukan lah lama sangat....
walaupun tak kerap menulis .......
namun kehadiran rakan-rakan bloggers ku yang lain ini sedikit sebanyak menghiburkan lagi dunia blogging serta bersemangatlah sikit aku nak menulis...

Huhuhu.. welcome guys n gurls....(or women....)

Monday

Ouchh..

Kandungan aku dah nak masuk 20 minggu..
Last 2 weeks pie check up, doc tue kata baby aku baby boy.. (Suka sakan suami aku...)
Alhamdullilah.. termakbul jugak doa aku. Actually aku tak kesah nak dapat baby boy or gal..
Asalkan kandungan ku sihat dan selamat sewaktu hari kelahirannya nanti..

Tapi aku ada sedikit risau pasal baby nie sebab dia besar sikit tapi doc kata baby sihat.
Orang yang urut aku tue pun kata, baby dalam kandungan aku nie besar. Dia nasihatkan aku jangan minum minuman sejuk@ais...

Mungkin pasal keadaan baby aku mengakibatkan kulit di bahagian perut aku rasa tegang.
Malam tadi aku susah nak tidor sbb rasa ketegangan di bahagian perut. Dah lah kena tidur
berseorangan. Kalau suami aku ada, boleh jugak dia tolong usapkan perut aku nie... (hihihi.....)

And aku dah mula rasa gegaran di bahagian perut aku akibat tendangan/sepakan penjuru/ dan di siku kaki&tangan baby aku nie. Tak ada lah rasa sakit, tapi rasa tegang...

Sunday

37 days..

37 hari lagi kursus aku akan tamat ...
37 hari lagi aku akan meninggalkan Kuala Lumpur selepas setahun aku bertugas di sini.
37 hari lagi aku akan dapat hidup sebumbung dengan suami tercinta ku sebagai
pasangan suami isteri selepas hampir
7 bulan terpisah sebagai kekasih dan 5 bulan sebagai isteri
dan 37 hari yang tinggal ini aku rasakan bagaikan satu seksaan kerana saat ini
aku amat merindui suamiku...

Dulu sebelum berkahwin, aku ingatkan tinggal berjuahan dengan dia tidak mendatangkan masalah. Tetapi naluri seorang isteri dalam diri aku kini menginginkan dia sentiasa berada di sisi ku.

Jika ditakdirkan aku berpisah lagi dengan suami ku atas faktor kerjaya, aku sanggup berhenti sahaja.Tak sanggup lagi rasanya untuk aku merasai lagi bebanan & seksaan hidup berjauhan dengan dia. Because he is part of me now.

To my husband, thanks for ur understanding,ur support,ur tolerance & love.
U saw my secret ocean of coral blue and red. Thats the best thing about you darling..
And u are the best i ever had. I love u so much...

But now, i feel so much of missing u....

Saturday

Lupa Diri...

"...Pemimpin DAP hina Sultan, Raja-Raja Melayu..."

"....Henti istilah Ketuanan Melayu - Ong Tee Keat..."

Aku rasa ramai orang Malaysia kini sudah lupa akan sejarah kemerdekaan tanah air.
Atau buat-buat lupa tentang sejarah Tanah Melayu ....... ataupun sudah mula lupa diri.

Jika bagsa-bangsa kurang ajar ini mula persoalkan keistimewaan serta hak Raja-Raja
Melayu dan meminta supaya menghentikan istilah 'Ketuanan Melayu', eloklah depa nie dihantar
balik ke tanah air asal depa seperti India atau China.

Fitrahnya tanah ini Tanah Melayu dan tentulah Melayu yang jadi tuannya.
Tidak seharunya timbul rasa kurang selesa atau tidak puas hati dikalangan kaum lain kerana mereka haruslah sedar diri...

dan sudah sampai masanya depa nie belajar semula megenai sejarah negara.

Friday

Kursus Kewartawana Siaran, RTM


with Norfarahin.....




Sempat lagik satu post..
Lagik satu...
wakakakaka...
Gilerz..



Wanita dengan sopanya.. sopan ka aku..?
Muuahhaaaaa..


Jejaka dan aksinya..

Thursday

hati hempedu org Melayu

"....Mengapa perlu Hishamuddin mencium keris dan mengapa media menyiarkan gambar tue....Kita perlu jaga sensiviti bangsa-bangsa yang lain....."

Dengan tiba-tiba telinga aku rasa panas. Nafas aku turun naik. .Bak cuba menahan kesabaran. Tapi kesabaran aku gagal dibendung lagi..
Arghhhh...amarah ku kian memuncak...aku terus angkat tangan dan bersuara..

Sampai bila kita nak jaga hati bangsa-bangsa lain sedangkan mereka adakalanya tidak sensitif langsung dengan bangsa Melayu. Sehingga ada yang berani mencalar sistem di-Raja. ..

Bangsa-bangsa ini, tidak perlulah aku perjelaskan apa bangsanya..... mungkin sudah lupa apa itu Jus Soli, apa itu Kontrak Sosial... sudah lupa bahawa Malaysia ini sebenarnya merupakan Tanah Melayu..tanah milik orang Melayu..... mereka sudah lupa SEJARAH KEMERDEKAAN.

Yang Melayu pula kian lupa, kian lena..Lupa bagaimana kedaulatan negara tercipta. Lupa bagaimana peritnya pejuang dulu mendapatkan kemerdekaan utk tanah air tercinta.

Bangunlah bangsa Melayu.
Bangsa dan tanah air mu kini hampir tergadai di tangan org yang dulunya merupakan pendatang di tanah melayu.

.....

alahai kia sephia...

Laporan kejadian pada 17 April 2008.. Khamis ...

Aku bangun awal pagi sket sbb malam tadik tak sempat nak pack pakaian dan barang keperluan aku yang nak dok menginap di HOTEL Iptar, Angkasapuri.
Ingatkan nak masuk ke bilik kursus awal sket sbb hidangan sarapan pagi .. khabarnya sebungkus nasi lemak spesel. (Sejak2 aku mengandung nie aku suka pulak makan nasi lemak...)

Start engine kater , aku pun gerak.. sesudah membayar tol di Sg besi, aku rasa stereng aku dok nak berpusing ke arah kiri jek. Pas tue aku rasa bawak kater dok asyik terlanggar lubang jek.

Aku pun memberhentikan kater.. dengan ayu dan ala manja aku keluar dr perut kereta. Pie check tgk tayar belah kiri.. Alamak..kekempisan lah pulak... aduh...
Sengal.....

aku msg kawan aku habaq tayar aku kempis. Aku suh dia datang jugak ke tempat kejadian. Bila fikir2 balik, zalim jugak aku suh kawan aku tuh datang sbb dia dari Selayang woo... jauh tuh.. tergeliat urat tengkok bawak motor lelama. Arghhh.. nanti aku belanja dia gegula...

Tayar spare ada.. jeck takda...spanar takdar..

hampeh...tapi kalau ada pun.. tak kan aku nak buat.. meraung anak aku dalam perot..

Sib baik ada jejaka2 kontraktor berbangsa Cina yang sanggup nak tolong ..kebetulan dia pun dok bentikan kater dia pasai nak tunggu bos dia datang..

Huhu...selesai masalah. Kawan yang aku suh dia datang tue tugasnya hnaya mengeluarkan tayar spare dalam kater dan menyimpan tayar yang kempis tue kembali ke bonet kereta..
Ok lah tue.. ada jugak faedah dia datang..

Monday

10 weeks 3 days...

aloha....
dah 10 minggu 3 hari usia kandungan aku nie. Semalam malam barulah suami aku berkesempatan bawak aku pei klinik buat scanning. Almaklumlah..tengah musim2 pilihanraya nie,dia pun dok bz lah jugak.
Sib baik pie scanning kat kedai kawan suami aku, so tak kesah lah pie checkup lewat. Sesampai kat klinik tue...check darah n so on. Lepas tue..dia suh aku baring sebb kerja2 scanning nk bermula. Ditemani suami aku.. doc tue pun taruk krim yang sejuk ke perut aku. Dah mula lah kerja2 scanning tue.
Huhu..aku nampak ada degupan kat dalam prot aku.. alahai..kecik jek.. comei.. Doc tue bagitau baru berusia 10 minggu n 3 hari. N due date is on 18.9.2008.. Horrey...
But then.. aku nampak muka doc tue berkerut n memerhati scanning machine tue dengan serius.
Selepas beberapa minit..dia bagitahu aku yang aku ada ketumbuhan dalam rahim.
Hmm....n he show us part mana ketumbuhan tue. And aku nampak ketumbuhan tue. Mmg berada di atas baby aku... Huarghhh.......
aku akan ke pakar utk dapatkan nasihat.. so just wait n see ...

2 bulan

Awal pagi....tengah hari..n lewat malam......... itulah waktu2 lazim dimana aku akan mengalami gangguan 'kemabukan'...
Loyanya tekak nie..tuhan jerk yang tahu...Tapi aku tetap kuatkan semangat demi baby yang bakal ku lahirkan nie. Huhu.... Tapi baby aku nie demand sket lah...makan nak yang mahal2 jek.. kalau dah mahal tentunya lah yang sedap. Yang parahnya aku lah... Kalau dah teringin nak makan sesuatu benda tue..nak tak nak kena makan lah jugak. Kalau tak nanti dok teringat jek kang...

Last weekend aku tak balik. Sbb rasa macam malas nak drive. Oleh disebabkan itulah aku rasa kebosanan tahap dewa yang amat sangat. Dah lah aku dok agak jauh dr kl. So..agak berjauhan dari kawan2 aku. Nak tak nak aku dok terperap jek kat umah. Tgk tv, dok membuta..tgk tv..dok membuta... tue jek lah.. Alahai....buhsannya aku rasa hidup aku.

Thz thursday after finished my rakaman kat RTM aku balik jb trus lah. I do miss my hubby so much. Aku rindu bau badan dia. Lagipun dia rajin melayan anak tekak aku nie. Kengkadang dia bebel jugak..kata aku ngada2 lah..tue lah..tapi dia tetap bawak jugak. Tue yang aku sayang kat dia tue.

Entah bilalah permohonan aku balik ke RTMjb nak diluluskan nie. Sememangnya aku dah tak terlalu nak kerja kat sini. Kerja tak kena dengan jiwa. Ditambah lagi berjauhan dengan keluarga. .. (nak sebut suami sebenarnya)
Bak kata suami aku, kalau permohonan aku ditolak, dia suh aku benti jek kejer. Alamak... sayangnya nak benti kerja. Kerja goment plak tue... Harap2 tuhan permudahkan lah hidup aku nie ek. AMin....