Monday

Kembara Mahkota Johor



Kembar Mahkota Johor 2006 (KMJ 2006)

Sesiapa yang memandang dan melihat wajah jejaka ini pasti akan rasa tertarik. Mana taknya..hensem beb muka Raja Muda nie.

Sepanjang aku mengikuti konvoi KMJ 2006 nie, aku ada lah jugak 'snapshot' muka Raja Muda nie. Tak kesahlah dia buat apa pun..yang pasti apa yang dilakukan olehnya membuatkan ramai mata yang memandang. Seluruh anak dara di bawah jajahan takluknya nie mesti 'cair' dengan senyuman Raja Muda nie.

Dah dua kali aku ikut KMJ nie. Setahu akulahkan..aku jer camera&photograpeher pompuan yg ikut konvoi dia nie. Tapi kelebihan utk aku lah sbb boleh selit-selit amik gambar. Selalu diberi ruang. Perempuan lah almaklumkan.. TMJ pun mmg sporting .Tahun nie jugak aku dapat ikut convoi ber motor cam tahun lepas. Naik Gold Wings beb. Cuak tue.. cuak lah jugak tapi bila time hujan jer. (Sbb aku rasa confident dgn mamat yg bawak motor time tue..)Ada jugak TMj pelawa naik motor ngan dia.. tapi segan lah aku. (Bukan tak sudi) Nasib baik aku nie jenis yang lasak jugak.. So setakat berpanas ngan berhujan tue.. okielah lagi.

Cam tahun lepas, pengalaman yg tak dapat aku lupakan masa ikut KMJ 2005 bila aku drive keter 4X4 bos aku kat satu kampung nie.. Dah lah malam gelap. Bos ngan member yg lain time tue, tgh shooting TMJ kat satu kampung tengah buat cukur jambul dkt-dkt masjid lah. Jalan kampung..almaklumlah sempit. Sebelah jalan raya terus parit pulak tue.Niat nak betulkan parking Pajero bos aku tue lah. Tengah-tengah nak park..hampir-hampir lah masuk parit Pajero tue. Sbb aku tak perasan. Gelap beb time tue. Nasib baiklah.. dengan kepakaran yang ada pada diri ku.. aku pulasss stering paut tue bagai nak pengsan n dapat jugak elak masuk parit. Perghh... bayangkan lah kalau kater pajero tue masuk parit yg agak dalam.. riuh satu kampung agaknya. Silap-silap dapat liputan luas paper n siap ada siaran langsung lagi kat TV3.( Time tue tak tahu lah nak letak muka kat mana..)

Tahun nie nyer KMJ, nasib baik tak ada perkara luar biasa yg berlaku. Semua jalan dengan sepurna. Cuma sorang member jer yg terseliuh kaki sbb join main takraw. ..

Tapi KMJ tahun nie memang lain sebab diiringi bersama RMJ dan puteranya yg lain . Singgah lah kat mana-mana pun, pasti membuatkan anak dara yang melihatnya tak tidur malam. Dek teringatkan kekacakan Raja Muda nie.

Sepanjang konvoi yang aku ikut selama 4 hari nie, sempat juga aku terpikir bagaimana rasanya jadi 'Raja Muda' nie kan...? Best agaknya jadi kaum kerabat di raja nie.. .. Tapi, entahlah. Mungking pada kita best lah, tapi pada dia..hhmmmm.... Lagi satu, sapa lah yang bakal menjadi permaisuri kepada Raja Muda nie ek. Orang nya mesti lah di kalangan kerabat di raja jugak agaknya. .. (Hmmm melalut lah pulak aku nie ek.. ... Sowey)

Well, aku rasa seronoklah join KMJ tahun nie. Aku juga bangga menjadi salah seorang anak jati Johor. Apa yang pasti, Tenku Mahkota dan Raja Muda is someone yang ikhlas dan bebudi bahasa. Bukan mereka berdua sahaja, malah seluruh keluarganya dilihat sungguh beperketi mulia dan iklas ketika beramah mesra dengan rakyat.

Dan kemungkinan besar, tahun ini jugak tahun terkahir aku mengikuti KMJ . Tahun depan punya KMJ entah dapat pie ke tak sbb aku pun mungkin dah sebok dengan tugas aku. Sesiapa yang berpeluang mengikuti KMJ nie, aku nasihatkan pie lah. Best woo..

adios..