Friday

kopi o

Tiada siapa impikan perpisahan melainkan setiap saat berdoa mengharapkan keindahan dalam sebuah perhubungan sehingga ke akhir hayat.

Namun jika demikian takdirnya, tiada siapa boleh menolak....

Tuesday

Simple life...


Make things simple n easy. Dun be so complicated!!!

Hidup nie akan lebih mudah dan indah berseri-seri jika dilayari dengan sederhana. Bersederhana dalam apa pun jua waima tidak keterlaluan. Walaupun jiwa aku adakalanya memberontak mahukan sesuatu yang tidak mampu aku miliki, aku harus menerima hakikat sebenar.

Selalu aku terfikir di mana sebenar letaknya bahagia hidup? Pada kesenangan, kemewahan, keberadaan atau pada semua yang lebih seperti kata Maya Karin dalam satu iklan tv yang kita tonton hari-hari kebelakangan ini? Atau sekadarnya sahaja. Kehendak hati memang macam-macam, kebanyakkan merimaskan diri sendiri sebenarnya. Kalaulah boleh bebas dari semua itu.

Memang banyak yang aku tidak kisah. Ramai yang merasakan aku terlalu bersahaja. Kalau dulu di zaman sekolah mungkin aku berkehendak dan impikan yang macam-macam. Impikan hidup yang penuh warna-warni.

Tetapi setelah menjalani hidup seusia ini aku lebih memilih yang bersahaja dan penuh sederhana mengikut kemampuan. Itu tidak mematikan cita-cita, tetapi dengan begitu aku bisa meraih dalam tenang. Jika tercapai aku bersyukur, jika tidak ia hanya sekadar pengajaran dan rencah kehidupan.

Peringatan ini mungkin akan selalu kutuliskan, untuk mengingatkan diri sendiri. Jangan terpedaya hasutan-hasutan duniawi.

Monday

Sembrong yang malang




"Bukan salah aku melimpahkan air ke serata kampung kerana diri ku sdr tidak mampu menahan bebanan tekanan air yang datang dari langit. . Bukan salah si rumput rampai mahupun si kiambang yang datang menumpang nasib diperut aku kerana ini mmg sudah lumrah alam kehidupannya di sini. Sedaya upaya aku menahan dan memuatkan semua air hujan yang turun tapi sudah ditentukan oleh-NYA utk mencurah juga menenggelami kampung-kampung hujung nun di sana. Mengapa aku yang harus dipersalahkan..

Hampir seluas 718 hektar (1,774 ekar) badan ku diceroboh lebih 10 tahun bagi aktiviti penanaman kelapa sawit, aktiviti pembalakan.... Terdapat juga aktiviti penanaman sayur-sayuran secara meluas .Tidak kurang nya sebuah Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berhampiran juga di dirikan dengan gah ..."

Itu yang sepatutnya di uar-uarkan dan bukannya salah si rumput, si kayu, si tanah, si sungai, si hujan. ..

Aku terus dibiarkan hidup dengan kehadiran penceroboh makhluk-makhluk asing ini. Dari sehari kesahari beban kesan pencemaran daripada aliran sisa baja, racun serangga dan najis binatang ke dalam tubuhku, kutahan dan kutanggung seorang. Kadar kandungan amonia di dalam air juga aku rasakan telah meningkat. Virus2 halus mula menguasai diri aku...

Mungkin tuhan mengasihani diri ku.

Sekurang-kurangnya air limpahan yang melimpah keluar dari perut ku ini akan membawa virus itu keluar. Dan digantikan dengan air hujan . ... Maafkan aku org-org kampung. Maafkan aku rakan ku si rumput,si kiambang, si kayu, si tanah, si sungai..... Mungkin mereka tidak faham apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin juga satu hari nanti aku akan kesunyian kerana pasti si rumput dan kiambang akan dihukum tidak lama lagi...


Empangan sembrong

Saturday

i cant sleep...

he said...

"Honey why are you calling me so late????It's kinda hard to talk right now!!!Honey why are you crying, is everything okay???? I gotta whisper cause I can't be too loud..... "

"It's funny that you're calling me tonight. Does he know you're talking to me..? Will it start a fight again..? No I don't think he has a clue... "


life is a gamble so is death..

Wednesday

parlimen tak rasmi

Aku dah ajak rakan ku balik jer terus. Biarkan si Tok Penghulu nak memaki hamun dan melenting setinggi langit kelapan belas skalipun, aku tak kesah..
Tetapi rakan aku ini mula naik darah bila kredibiliti aku dan dia mula dicabar oleh tok penghulu yang lagaknya mcm kurang siuman!!

dia soal kwn ku jawab dia mencelah kwn ku menyampuk dia berang kawan ku tetap cool dia rasa kecewa kawan ku bangga..n bla..bla..bla.....bla..blablabla...... Penduduk kg dan YB yang ada hanya menyaksikan siaran langsung tampa ulangan itu!!

antara pusaka dan bencana

Suatu petang di Kampung Kangkar Tebrau:-

''masuk kali kedua banjir nie semua barang elektrik mmg dah tak leh nak pakai. Dah tak ada satu barang elektrik pun yang selamat.Saya tinggal tiga beradik. Mak tak duduk dengan kami, dia ada di KL...."

Ini antara luahan seorang penduduk kampung berkenaan. Rasa pilu hati aku mendengar luahan abang yg mukanya agak kacak dan manis sambil membersihkan lantai rumahnya bersama dua adik perempuannya yg lain.sama cantik kedua adik perempuannya yang dalam anggaran aku baru berumur lingkungan 20-22 thn. Sambil tangan aku berjalan laju mencatat apa yg dikatakan dalam buku nota ... aku terus bertanya lagi...

"dah lama ker duduk sini bang... Kenapa tak pindah jer ker tempat lain. Bukankah itu satu tindakkan yang baik utk adik2 abang"..

Lalu dia menjawab ..
" bukan stakat adik2 jer, tapi tuk keselamatan isteri saya jugak. Tapi, ini rumah pusaka peninggalan nenek. Dibersarkan di sini sejak kecik lagi. Pahit maung mmg kena tetap duduk di sini. Saya pun baru jer berkahwin, dan belum dikurniakan anak lagi.Tapi bantuan satu sen pun tak dapat lagi. Bukan duit yg sy harapkan, tapi harapan supaya pihak berwajib datang menjenguk makan ker tak penduduk di sini, tgk keadaan dan sebagainya "

Owh...dah kahwin rupanya mamat nie, mcm tak cayer pun ada sbb muka nampak muda. Tak kesah lah tue, yg penting aku dah dapat satu point nak tulis cerita mamat nie. Kesian bila mengenangkan nasib dia sekeluarga. ..

Lama jugak lah aku bebual ngan brother nie. Nak tercabuttangan aku menulis sbb laju sangat dia cakap. Komferm sah... bila balik opis nnt aku tak paham apa yg aku tulis. Argh...

Tapi jauh sudut hati aku mmg cukup kesian dgn keluarga ini.Aku pun minta diri sbb banyak lagi tempat nak pie. Aku macam ada tertinggal satu soalan lagi..

"Bang, sapa nama, umur dan kerja apa. Nama bini n kerja apa skali?.."

"Nama si polan bin si polan...umur 25. Kerja Ekseketif Bank. Nama wife si pulan bt sipulan, Lecturer. Umur dia 24. Kami baru jer kahwin..."

MAK AII!!! Kerja gempak.... Hmm... terpaksa lah aku cari org yang lain!!!!!!!

Tuesday

kambing ke gajah!!

Ada yang duduk, ada yang tengah baring, ada yg tengah belari, Yang tersenyum pun ada. Gitu lah gamaknya rupa gajah montel yang aku kira dalam imiginasi aku malam tadi. Entah dah berapa ratus ekor aku kira bilangannya...

Kenapa mesti gajah!! Mungkin sbb aku teringat ayat kawan 'beskot' aku, yang dah janji nak bawak pie nengok gajah kat Pahang masa besday aku tak lama lagik. Entah yer ntah tak!!!

Masih jugak tak leh nak lelapkan mata. Belek-belek hp n tengok dah pukul 4am. Mampus ada kang yang terbabas bangun pagi nanti.Tapi mcm biasa, da pesan kat mak kejutkan aku pukul 8 pg nnt.Gamaknya aku pun ada assingment pukul 9 pagi.

Entah sejak bila aku dah payah sangat nak tidur. Ini macam, jawatan Pengerusi Kelab Bangun Lambat nampaknya boleh ku pegang utk satu penggal lagi!! Terkenang dulu waktu zaman skolah...entah dah berapa kali apeq drebas bas yg kengkang tue membunyikan hon bus yang agak veteran depan umah aku. Time tue jugak baru aku terjaga. Phewww.... Sorrylah apeq, lu jalan dululah. Wa pie naik public transport. Tersenyum jer apeq tue.


Buk..buk....buk...

Pintu bilik aku mcm nak pecah kakak aku ketuk. Dah kol 8. . Aku kejam mata aku balik dgn niat 'alah..lagi 10 minit aku bangun'...

Buk..Buk..Buk...

'bangun woi...ko tak pie kerja ker...' !!!!!!!!
Dengar pintu bilik aku skali lagi di terjah. Aku tgk jam dinding da pukul 8.30. Terkujat beruk sekejap bijik mata aku. Capai tuala n trus bersiram..
Adui, nak pakai baju apa nie?

Adakah soalan itu turut menjadi tanda tanya semua org??!!!!

Monday

pesal!!!

kring..kring...kring...

Aku biarkan hp aku berdering... Aku jeling jer. Rupa2 nya panggilan dari office. Argh...lantak lah. . Aku buat keputusan tak nak angkat.

'alamak, ada msg lah'....

Hp aku berbunyi lagi. Aku bukak msg in box aku. Owh, msg dr kawan aku yg mcm biskut chipsmore. Kejap ada,kejap tak ada. Dari apa yang aku baca, si 'biskot' tue hanya sekadar ingin menjelaskan apa yang dia buat hari ini.
Entah apa yang harus ku reply. Mati kutu. Msg 'biskot' tadi tidak disusuli dengan persoalan..
Aku biarkan sahaja ...

Wednesday

jaga-jaga milah

sampai jer kat opis, mcm biasalah aku log in YM n bukak lah email aku. Dapat satu 4ward email dari manusia yang bernama pelik. Patutlah email yg dia hantar semua pelik2.

Tapi aku bila aku baca intro jer.. mulut aku dah mula tersenyum sampai ke telinga. Bayangkan lah bila dibaca sampai habis, bisa kekejangan perut aku dibuatnya.

Kalau korang berani, bacalah sampai habis:-

Dalam sidang parlimen yg lepas Dtk Seri S. Samy Vellu yg juga Presiden MIC telah berjaya menyelesaikan kemelut isu AP antara bekas PM Tun Dr. Mahathir dengan Menteri MITI Dtk Seri Rafidah Aziz.
Idea beliau sangat bernas dengan memasukkan fakta persaudaraan dan persefahaman. Berikut adalah kenyataan beliau yang telah diringkaskan.

"Tuan yg Dipertua, Selaku menteri kabinet, ali Barisan Nasyenel dan Presiden YemAiSi... saya teylah berbincangkan Wissyu AP ini dalam mesyuarat YemAiSi yang lipas dingan sepanjang lebarnya.

Akhirnya YemAiSi dengan sebulat-bulatnya suara tilah mencadangkan kepada Yangamaberomat Pedanamentri supayye wisyu wini disilisaikan dingan simangat pesefaman dan persodaran yang kekal antara Rafidah sama TuMahadey.

Ini idea tilahpun lama diterimapakey woleh suummmmmmmmmma ali-ali YemA! iSi termaso ali kuluarga saya sindirri. Maka dingan ini YemAiSi dengan amat paling bangganya kasi wumumkan yang kami dari YemAisi mencadangkan supaya dengan tanpa silu-segannya Menteri MITI misti mau kasi guna ini nama mula dari sekarang... RAFIDAH A/P MAHATHIR"

FIX me!!!!

When i try my best, but i don't succeed
When i get what i want, but not what i need
When i feel so tired, but i can't sleep
When the tears come streaming down my face
When i lose something i can't replace
When i love someone, but it goes to waste
Could it be worse?