Monday

10 weeks 3 days...

aloha....
dah 10 minggu 3 hari usia kandungan aku nie. Semalam malam barulah suami aku berkesempatan bawak aku pei klinik buat scanning. Almaklumlah..tengah musim2 pilihanraya nie,dia pun dok bz lah jugak.
Sib baik pie scanning kat kedai kawan suami aku, so tak kesah lah pie checkup lewat. Sesampai kat klinik tue...check darah n so on. Lepas tue..dia suh aku baring sebb kerja2 scanning nk bermula. Ditemani suami aku.. doc tue pun taruk krim yang sejuk ke perut aku. Dah mula lah kerja2 scanning tue.
Huhu..aku nampak ada degupan kat dalam prot aku.. alahai..kecik jek.. comei.. Doc tue bagitau baru berusia 10 minggu n 3 hari. N due date is on 18.9.2008.. Horrey...
But then.. aku nampak muka doc tue berkerut n memerhati scanning machine tue dengan serius.
Selepas beberapa minit..dia bagitahu aku yang aku ada ketumbuhan dalam rahim.
Hmm....n he show us part mana ketumbuhan tue. And aku nampak ketumbuhan tue. Mmg berada di atas baby aku... Huarghhh.......
aku akan ke pakar utk dapatkan nasihat.. so just wait n see ...

2 bulan

Awal pagi....tengah hari..n lewat malam......... itulah waktu2 lazim dimana aku akan mengalami gangguan 'kemabukan'...
Loyanya tekak nie..tuhan jerk yang tahu...Tapi aku tetap kuatkan semangat demi baby yang bakal ku lahirkan nie. Huhu.... Tapi baby aku nie demand sket lah...makan nak yang mahal2 jek.. kalau dah mahal tentunya lah yang sedap. Yang parahnya aku lah... Kalau dah teringin nak makan sesuatu benda tue..nak tak nak kena makan lah jugak. Kalau tak nanti dok teringat jek kang...

Last weekend aku tak balik. Sbb rasa macam malas nak drive. Oleh disebabkan itulah aku rasa kebosanan tahap dewa yang amat sangat. Dah lah aku dok agak jauh dr kl. So..agak berjauhan dari kawan2 aku. Nak tak nak aku dok terperap jek kat umah. Tgk tv, dok membuta..tgk tv..dok membuta... tue jek lah.. Alahai....buhsannya aku rasa hidup aku.

Thz thursday after finished my rakaman kat RTM aku balik jb trus lah. I do miss my hubby so much. Aku rindu bau badan dia. Lagipun dia rajin melayan anak tekak aku nie. Kengkadang dia bebel jugak..kata aku ngada2 lah..tue lah..tapi dia tetap bawak jugak. Tue yang aku sayang kat dia tue.

Entah bilalah permohonan aku balik ke RTMjb nak diluluskan nie. Sememangnya aku dah tak terlalu nak kerja kat sini. Kerja tak kena dengan jiwa. Ditambah lagi berjauhan dengan keluarga. .. (nak sebut suami sebenarnya)
Bak kata suami aku, kalau permohonan aku ditolak, dia suh aku benti jek kejer. Alamak... sayangnya nak benti kerja. Kerja goment plak tue... Harap2 tuhan permudahkan lah hidup aku nie ek. AMin....