Wednesday

again

2 nov 2009
isnin

Dengan rasa berat hati meninggalkan anak dan suami di Johor, aku melankah menuju ke kota Kuala Lumpur memulakan tugas baru ke jawatan lama tetapi gred yang baru. Penerbit Rancangan B27. Alhamdullulah ada jugak rezeki aku. Tapi apapun memerlukan pengorbanan berjauhan dengan keluarga terutama anak tercinta, Mohamad Efsha Zafreen 1 tahun 2 bulan.

4 nov 2009
Rabu

2 hari menghadiri kursus induksi khusus aku ditempatkan di Unit hiburan bahagian Produksi..Aduhai, jauh sungguh target utk menyertai team KLfm. Terkedu aku menerima kenyataan itu. Apa yang ada di kepala aku waktu itu ..tukar unit..tukar unit..tukar unit..

5 nov 2009
Khamis

AKu mula melapor diri ke ketua unit aku. ALamak, sekali lagi aku terkedu melihat suasana dan budaya kerja di unit tersebut. Amboi..eksyen-eksyennya. Lalu aku terus menyiapkan surat permohonan penukaran unit ke Unit Berita TV. Nasib baik bos di Unit itu merupakan x-bos lama aku semasa di JAKIM. Begitu susahnya nak mintak tukar unit hanya tuhan sahaja yang tahu.
Terlintas untuk pulang sahaja ke Jhor memeluk anak aku.

6Nov2009

Pagi ke unit hiburan mendapatkan surat dar ketua unit utk dihantar ker Sumber mnusia. Tapi surat tue belum di sign lagik. Aduh geramnya. Tampa membuang masa, terus aku balik menuju ke Johor.

7 8 9 10 nov 2009

Alangkah bahagianya hati ini dapat berjumpa anak aku.. Tiada kata nak menggambarkan perasaan itu. ...


11 nov 2009

Masih tiada jalan penyelesaian masalah penempatan aku. Sekali lagi rasa bosan menerjah masuk diri ku ini