Wednesday

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA MALAYSIA

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA MALAYSIA

Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini antara fungsi utama industry pelancongan adalah untuk menuju pembangunan pesat dalam ekonomi negara. Antara kepentingan dan sumbangan industry pelancongan di dalam ekonomi negara adalah:-

  • PENGALIRAN WANG ASING
Dengan peningkatan dari tahun ke tahun pelancong ke Malaysia, ia dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara di mana pelancong dari luar negara akan menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia untuk berbelanja di Malaysia dan mata wang asing ini kemudian disimpan untuk digunakan ketika membiayai perbelanjaan mengimport barang dari luar negara.

Jumlah pendapatan negara melalui pertukaran wang asing telah meningkat daripada RM132 juta pada tahun 1970 kepada RM545 juta pada tahun 1980. (Unit Perancang Ekonomi, 1981). Langkah kerajaan yang menjayakan program Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990 telah meningkatkan hasil pendapatan negara melalui pertukaran matawang asing sebanyak 56% dengan hasil bernilai RM 4.5 bilion (Salehen Sidek 2010). Pengaliran wang asing ini penting dan ianya terbukti apabila Malaysia menghadapi krisis kewangan, dengan peningkatan kemasukan pelancong telah memulihkan keadaan ini. Sepertimana yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.1, pendapatan ekonomi negara hasil sumbangan industry pelancongan sering meningkat. United Nations World Tourism Organization telah meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-9 bagi ketibaan pelancong dan tempat ke-13 dari sudut pendapatan. Pada tahun 2010, Jumlah pendapatan negara melalui sektor pelancongan terus meningkat kepada RM59.2 bilion. (Laporan ekonomi 2010/2011)

  • DAPAT MEMAJUKAN BIDANG PERNIAGAAN DI MALAYSIA
Pelancong yang melancong semestinya memerlukan keperluan asas seperti tempat penginapan, makanan dan minuman. Pelancong asing diberi pilihan untuk menginap di hotel bertaraf lima bintang, resort atau menginap secara pakej seperti ”Eco-Tuorism” yang membolehkan pelancong asing menginap di rumah kampung dan mempelajari cara hidup masyarakat termasuk cara berpakaian, makanan tradisional dan sebagainya. Seperti mana yang dilihat di Malaysia telah banyak pusat penginapan yang menjadi tumpuan pelancong tidak kira dalam negara mahupun luar negara dan masyarakat sekitar kawasan yang menarik dijadikan pusat pelancongan akan berpeluang menceburi bidang perniagaan. Pada tahun 2010, seramai 2,998 orang telah dilatih dan diberi lesen untuk mengendali penginapan homestay di seluruh negara. Selain itu, kerajaan telah mempromosikan pakej pelancongan komuniti orang asli telah membuka peluang pekerjaan kepada orang asli menjadi pemandu bot dan pemandu pelancong alam semulajadi (Laporan ekonomi 2010/2011) Hal ini secara tidak langsung mencapai sasaran kerajaan dalam DEB.

Selain itu, keunikan dan kepelbagaian makanan yang berlainan bagi setiap negeri merupakan penarik utama bagi pelancongan. Ianya tidak dinafikan juga terdapat pelancong dalam negara juga sanggup untuk melancong untuk merasai makanan bagi setiap negeri. Begitu juga dengan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan pengangkutan, juru pandu pelancong dan perkhidmatan lain.

  • MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN YANG LEBIH LUAS
Perkembangan yang mampan dalam industry pelancongan ini juga akan membawa kepada kewujudan lebih banyak penginapan, restoran atau gerai-gerai makanan, perkhidmatan pemandu pelancong dan banyak lagi yang membawa kepada lambakan peluang pekerjaan untuk masyarakat. Seperti mana yang diketahui industri pelancongan merupakan antara industri yang memerlukan ramai tenaga kerja seperti pekerja hotel, pemandu pelancongan, pekerja kedai cenderamata dan pekerja kedai kraftangan.

Guna tenaga yang terlibat secara langsung dalam industri perhotelan telah meningkat dari 25,170 pada tahun 1985 kepada 39,960 pada tahun 1990 dengan mewujudkan tambahan pekerjaan sebanyak 14,790. Bilangan agensi pelancongan juga bertambah dari 611 pada tahun 1985 kepada 1,545 pada tahun 1990. Dalam tempoh itu juga, sebanyak 8,330 lesen telah dikeluarkan kepada syarikat-syarikat bas persiaran, teksi, dan kereta sewa.4. (Laporan ekonomi 2010/2011). Datuk Seri Najib Razak juga menyatakan sector pelancongan secara langsung memanfaatkan rakyat Malaysia dengan industry itu dengan mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan. (Berita Harian Online, 2015). Seterusnya, hal ini akan dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

  • PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Dari aspek pengangkutan dan perhubungan pula, Malaysia sudah mempunyai beberapa syarikat penerbangan murah yang turut membantu mempromosikan pelancongan negara seperti syarikat penerbangan Firefly, Air Asia, MAS dan Rayani Air yang menawarkan perkhidmatan tambang murah (Amal Hayati Ishak et all 2010) Hal ini dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan menggalakan rakyat Malaysia sendiri untuk pergi melancong ke destinasi pilihan domestik disamping dapat mengurangkan pengaliran keluar matawang negara

No comments: