'Beb, call wa kejap'
Msg yang aku dapat dr member aku, Eicha yg baru keluar dari S'pore. Dengan malas, aku pun terus capai tepon umah dan call dia. Rupa-rupanya dia nak balik umah tapi family dia pie beraya CNY kat Melaka. Kesian pulak member aku nie..tak kan nak biarkan terdampar kat Larkin sampai malam.
Aku bersiap. Call lagi sowang member aku June. Dengan malas dia pun kata 'OK'!
Adus.. aku lupa kereta aku takder. Yang ada hanya keter mak aku 'Kancil Hijau' yang dipenuhi sedikit barang2 niaga dia. Selepas mendapat green light dari mak aku, aku pun dengan rasa tak bersalah bawak ajer keter tue menghala ker Terminal Bas Larkin. Janji rox!
Setibanya di Larkin, si Eicha dah dok tersenyum mcm kerang rebus. Paham lah aku tanda senyum dia tue. Memang aku dah lama tak angkut kawan2 aku berjalan pakai keter kancil sejak keter 'olen' aku tue wujud.
Lepas aku angkut dia, aku pun menghala ke Stulang. Amik si June. Setibanya kat rumah dia,si June pun dok sengih kat aku.
dalam perjalan tampa haluan, aku bawak lah si eicha dok ronda Jb sebab ingatan dia kat jalan-jalan JB nie hampir lupus dek akibat lama sangat terperap kerja kat KL n lama tak balik JB. Bukak lah balik cerita zaman sekolah, zaman-zaman ronda bandar dengan keter kancil mak aku nie.Cerita tak lah panjang, gelaknya jer bukan main riuh!! Masa aku drive keter mak aku yang dah agak veteren tue, ada lah juga kereta-kereta lain memandang we all.Xpecially sewaktu benti kat traffic light.Entah apa lah yg terdetik dalam hati diaorang gaknyer.Arghh... biarlah. Selamba jer aku.
Setibanya di Jalan Dobi, aku nak pie singgah satu kedai India nie. Nak beli satu barang.Almaklumlah, kat situ jalan sebok. Memang nak cari parking pun susah. So atas nasihat eicha, dia suruh aku park kat tepi jalan satu lorong nie. Time nak belok aku tak amik 'side'.Tak sempat eicha nak bagi tau tayar belakang aku tak lepas, tetiba ....
'Duuppp.......'
Rupa-rupanya tayar kereta blah belakang telah melanggar dan naik atas tembok longkang kat tepi lorong tue. Tembok tue kira tinggilah jugak. Time tue keadaan dalam isi kereta huru hara giler. Aku memula mmg tak perasan tembok longkang tue. Tue yg aku belok sesedap rasa..
Kalau ada org yg lalu sebelah keter aku time tue, for sure gelak sakan.
Lepas tue si jun dengan gelak mengilai dan hampir tak suiman kata sport rim keter aku tertangal terguling-guling kat jalan. Time tue memang gamat sbb gelak mcm nak terkoyak mulut masing-masing. Aku yang hampir menangis sbb ketawa keluar keter pie amik sport rim tue. Aku perasana ada satu mamat india nie dah gelak kat aku. Aku amik pasang balik kat tayar tue.
Perghh.. nasib baik keter mak aku tak der apa2. Kalau lah terburai ker body kancil tue, mau kena rejam aku ngan mak.
No comments:
Post a Comment