Friday

lanjut sudah umur ku..

4 Mac 2009 lepas genap sudah umur aku 26 tahun.Apa yang aku ada sewaktu umur aku 26 tahun.

1. Seorang Suami
2. Seorang Cahaya Mata yang sangat comel
3. Menjadi seorang Pegawai Kerajaan.(Walaupun grednya tidaklah tinggi,
tapi aku bersyukur kerana mempunyai pekerjaan tetap yg dapat menjamin masa depan ku)
4. Pengalam bekerja sebagai seorang Wartawan TV, Wartawan akhbar dan kini seorang DJ
Radio.Pengalaman yg tidak boleh dibeli dan bukan semua org berpeluang untuk
menjadi seperti aku. Im proud of myself....
5. Sebuah kereta yg agak usang walaupun baru (GEN2)

Inilah yang aku ada dan dapat setelah aku berumur 26 tahun.Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Kerana masih ada ramai sahabat dan kenalan yg belum mampu untuk menjadi seperti aku.
Dan semestinya bukan senang untuk aku memperoleh ini semua. Ini memerlukan pegorbanan,kejujuran dan kesabaran yang mendalam.
Adakalanya apa yang diimpikan tidak menjadi. Namun aku terima hakikat kehidupan tidak semua impian akan menjadi keyataan. Namun setiap impian tidak mustahil untuk ditunaikan jika kita berusaha dan bekerja dengan lebih keras.
Itulah yang perlu aku lakukan kini... Bekerja dengan lebih gigih.. berusaha dan terus berusaha.

Dan tahun ini juga rakan-rakan sebaya ku akan seusia dengan ku. Ada yang masih mencari..ada yang terus berkhayal dengan dunianya, ada yag terus berusaha dan terus gigih bekerja...
Aku berdoa agar kalian akan terus sukses dan hidupnya akan diberkati Allah SWT.
Kepada yang masih berkhayal... ingatlah umur kita semakin lanjut.
Masanya sudah tiba utk perubahan....

No comments: