Thursday

alahai kia sephia...

Laporan kejadian pada 17 April 2008.. Khamis ...

Aku bangun awal pagi sket sbb malam tadik tak sempat nak pack pakaian dan barang keperluan aku yang nak dok menginap di HOTEL Iptar, Angkasapuri.
Ingatkan nak masuk ke bilik kursus awal sket sbb hidangan sarapan pagi .. khabarnya sebungkus nasi lemak spesel. (Sejak2 aku mengandung nie aku suka pulak makan nasi lemak...)

Start engine kater , aku pun gerak.. sesudah membayar tol di Sg besi, aku rasa stereng aku dok nak berpusing ke arah kiri jek. Pas tue aku rasa bawak kater dok asyik terlanggar lubang jek.

Aku pun memberhentikan kater.. dengan ayu dan ala manja aku keluar dr perut kereta. Pie check tgk tayar belah kiri.. Alamak..kekempisan lah pulak... aduh...
Sengal.....

aku msg kawan aku habaq tayar aku kempis. Aku suh dia datang jugak ke tempat kejadian. Bila fikir2 balik, zalim jugak aku suh kawan aku tuh datang sbb dia dari Selayang woo... jauh tuh.. tergeliat urat tengkok bawak motor lelama. Arghhh.. nanti aku belanja dia gegula...

Tayar spare ada.. jeck takda...spanar takdar..

hampeh...tapi kalau ada pun.. tak kan aku nak buat.. meraung anak aku dalam perot..

Sib baik ada jejaka2 kontraktor berbangsa Cina yang sanggup nak tolong ..kebetulan dia pun dok bentikan kater dia pasai nak tunggu bos dia datang..

Huhu...selesai masalah. Kawan yang aku suh dia datang tue tugasnya hnaya mengeluarkan tayar spare dalam kater dan menyimpan tayar yang kempis tue kembali ke bonet kereta..
Ok lah tue.. ada jugak faedah dia datang..

No comments: