sesak..rimas.... itulah yang aku rasa dok kat Bandaraya Johor nie. Walau pun begitu, tanah kelahiran aku nie tetap aku cintakan.... Lap u 4eva!!! Sesekali melihat gelagat masyarakat di sini, aku rasa lega kerana aku boleh 'ngam'.
Berbanding masyarakat di negeri lain terutaman KL, satu bandaraya metropolitan. Jangan ada yg terasa pulak bila aku kata begini. Tak ada niat nak mengutuk atau sebagainya. Aku jadi takut bila melihat kehidupan di sana serta masyarakat nyer. Urben giler! Aku nie bukan lah org yg ketinggalan zaman atau takut pada arus kemodenan.. tapi rasa diri ini boleh ditindas bila2 masa jer bila dok dkt sana.
Yang lelaki mencari magsa (Tak semua begitu) dan yang perempuan semakin hanyut (Tak semua begitu) mengejar keseronokan di dunia. Tak dapat dinafikan awax2 dan balak2 di sana memang lebih cun dan kacak2 belaka. Dekat Johor nie bukan nya tak ada yg macam tue..cuma tak berapa updated mcm di sana. Tapi kat JB tetap maintain dgn caranya tersendiri
tapi bagi aku 'WHAT IS BEAUTY IF UR BRAIN IS EMPTY'
'Kebijaksanaan dalam bidang pendidikan dan kerjaya memang ramai. Tapi hanya untuk di dunia sahaja kah? Seakan mereka akan terus hidup dan tiadanya hari perhintungan selepas mati nnt!!!! Aku tak cakap diri aku bagus n baikss sangat tapi apa yg aku buat semuanya berbatas! Bukan tak pernah ke Batu Keras (Hardrock Cafe), Planet H'wood, Zouk..... itu semua taman permainan sewaktu aku belajar dulu... cehwah.. tapi hanya sekadar bersuka dan berhibur dlm keadaan ala kadar.Keseronokan yang dicari itu adakalanya boleh membawa padah!!
Banyak benda yg mungkin boleh berlaku sewaktu mereka sedang khayal melayan 'otak' masing2. Tapi bagi mereka, saper paling 'vouge' dialah gurl paling 'best' dan 'mantap' dan siapa paling tampan dialah paling hebat!Benda nie semua pun sama berlaku dkt JB. Ramai jugak kenalan yang aku kenal hanya kenal, cam-cam tue jer. Mungkin sbb tue aku tak ramai kawan perempuan. Kawan2 perempuan aku tue jer lah budak2 sekolah aku dr sekolah rendah hingga menengah 8 org! All that is my sister.
Bukan aku nie mengada-ngada tak nak kawan rapat dgn perempuan, tapi aku takut. Dengan lelaki pun tak semuanya aku okie. Yang nak berkawan dengan diri aku tampa mempunyai 'niat' tertentu, mmg payah nak jumpa.
so,that's it!!
No comments:
Post a Comment