
....."hidup kita ni, ibarat peperiksaan.... ada pilihan pada kertas jawapan. hanya ada 1 jawapan yg tepat bagi tiap pilihan yg kita ada... untuk memilih jawapan tu, kita perlu belajar dulu, perlu mendengar, berlatih, mengkaji, mencongak, menghitung, menghafal malah menterjemah... lantas kalau kita kurang semuanya diatas, kita akan jadi tidak pasti...
peperiksaan belum tamat... masa sentiasa ada selagi pengawas tidak memungut kertas jawapan ko.menanda kertas jawapan objektif hanya dengan pensil dear, ada getah pemadam untuk memilih jawapan yg lain... memang berbekas, tapi bila kita tau jawapan yg kita betulkan itu..ternyata tepat, disitulah kejayaannya..
mana ada orang cakap peperiksaan itu mudah.... dan belajar itu mudah ... begitulah hidup"............
Inilah antara nasihat paling shahdu pernah aku terima.. Bila di fikir dan dibaca berulang kali..memang betul kata-kata sahabat ku nie! Tapi time aku skolah dulu masa exam diberi peluang jugak lah nak meniru.
Mcm sahabat aku tulis tadi.."selagi pengawas tidak memungut kertas jawapan" selagi itulah aku masih boleh mengubah jawapan. Adus..lecehnya. Aku nak kena mengkaji, mencongak, menghitung semula pilihan yang ada utk mencari jawapan yg baru. Mmg sah tak sempat nak ulang tue semua.
Aku pun tak tahu, kenapa selepas semua kepayahan dan kesukaran bagi mendapatkan jawapan yg telah aku pilih itu, aku rasa mcm ada yang tak kena????!!!!! Tapi kalau aku fail ini exam, mmg hancus lah masa depan aku.
Adus.. mmg payah betul..
Tapi ada lah yg menolong aku supaya terus mencari jawapan yg betul dalam kertas peperiksaan tue. Keluarga dan rakan-rakan aku sentiasa memberi aku sokongan..
Thanx to my dear friend, Zyzy yg selalu ada di saat aku memerlukan. Setiap kali aku rasa hilang arah, kau sentiasa ada dan tidak jemu menyokong dan membantu dalam segala kepayahan hidup ini.Kerana kata nasihat kau, aku mampu untuk terus bangun dan meneruskan perjalanan...[Best Friends Listen to what you dont say]
And i would like to say thanx to some one yg aku sdr tak kenal siapa identitinya kerana membuat aku terus tersenyum ... Tak tahu sejauh mana keikhlasan kau tapi aku amat menghargainya.
Adios
P/s: Celebrate the happiness that friends are always giving, make every day a holiday and celebrate just living!