Friday

kopi o

Tiada siapa impikan perpisahan melainkan setiap saat berdoa mengharapkan keindahan dalam sebuah perhubungan sehingga ke akhir hayat.

Namun jika demikian takdirnya, tiada siapa boleh menolak....

Tuesday

Simple life...


Make things simple n easy. Dun be so complicated!!!

Hidup nie akan lebih mudah dan indah berseri-seri jika dilayari dengan sederhana. Bersederhana dalam apa pun jua waima tidak keterlaluan. Walaupun jiwa aku adakalanya memberontak mahukan sesuatu yang tidak mampu aku miliki, aku harus menerima hakikat sebenar.

Selalu aku terfikir di mana sebenar letaknya bahagia hidup? Pada kesenangan, kemewahan, keberadaan atau pada semua yang lebih seperti kata Maya Karin dalam satu iklan tv yang kita tonton hari-hari kebelakangan ini? Atau sekadarnya sahaja. Kehendak hati memang macam-macam, kebanyakkan merimaskan diri sendiri sebenarnya. Kalaulah boleh bebas dari semua itu.

Memang banyak yang aku tidak kisah. Ramai yang merasakan aku terlalu bersahaja. Kalau dulu di zaman sekolah mungkin aku berkehendak dan impikan yang macam-macam. Impikan hidup yang penuh warna-warni.

Tetapi setelah menjalani hidup seusia ini aku lebih memilih yang bersahaja dan penuh sederhana mengikut kemampuan. Itu tidak mematikan cita-cita, tetapi dengan begitu aku bisa meraih dalam tenang. Jika tercapai aku bersyukur, jika tidak ia hanya sekadar pengajaran dan rencah kehidupan.

Peringatan ini mungkin akan selalu kutuliskan, untuk mengingatkan diri sendiri. Jangan terpedaya hasutan-hasutan duniawi.

Monday

Sembrong yang malang




"Bukan salah aku melimpahkan air ke serata kampung kerana diri ku sdr tidak mampu menahan bebanan tekanan air yang datang dari langit. . Bukan salah si rumput rampai mahupun si kiambang yang datang menumpang nasib diperut aku kerana ini mmg sudah lumrah alam kehidupannya di sini. Sedaya upaya aku menahan dan memuatkan semua air hujan yang turun tapi sudah ditentukan oleh-NYA utk mencurah juga menenggelami kampung-kampung hujung nun di sana. Mengapa aku yang harus dipersalahkan..

Hampir seluas 718 hektar (1,774 ekar) badan ku diceroboh lebih 10 tahun bagi aktiviti penanaman kelapa sawit, aktiviti pembalakan.... Terdapat juga aktiviti penanaman sayur-sayuran secara meluas .Tidak kurang nya sebuah Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berhampiran juga di dirikan dengan gah ..."

Itu yang sepatutnya di uar-uarkan dan bukannya salah si rumput, si kayu, si tanah, si sungai, si hujan. ..

Aku terus dibiarkan hidup dengan kehadiran penceroboh makhluk-makhluk asing ini. Dari sehari kesahari beban kesan pencemaran daripada aliran sisa baja, racun serangga dan najis binatang ke dalam tubuhku, kutahan dan kutanggung seorang. Kadar kandungan amonia di dalam air juga aku rasakan telah meningkat. Virus2 halus mula menguasai diri aku...

Mungkin tuhan mengasihani diri ku.

Sekurang-kurangnya air limpahan yang melimpah keluar dari perut ku ini akan membawa virus itu keluar. Dan digantikan dengan air hujan . ... Maafkan aku org-org kampung. Maafkan aku rakan ku si rumput,si kiambang, si kayu, si tanah, si sungai..... Mungkin mereka tidak faham apa sebenarnya yang berlaku. Mungkin juga satu hari nanti aku akan kesunyian kerana pasti si rumput dan kiambang akan dihukum tidak lama lagi...


Empangan sembrong