Monday

2 weeks..

Bila dia ada, asyik nak gaduh jer. Bila dia tak ada, baru aku tau langit tue tinggi ker rendah. Betul lah orang kata, hargailah apa yang ada depan mata.
Bila dia kata nak kena kursus 2 weeks kat S'pore, aku buat selamba jer. Sbb aku ingat aku boleh manage feelings aku. Rupa-rupanya, baru dua hari dia kat sana, aku dah biol. Rindu siot. Rindu tahap gaban...

Bila dia tak ada, aku rasa mcm insecure. Aku tak penah berpisah jauh2 ngan dia lama2 sangat. Kalau tak jumpa dia pun, tapi as long aku tau dia dekat dengan aku, i'll be fine. Dah lah tak dapat nak call dia.Adus...bley jadik gila aku ini mcm.



Friday

Moga dipanjangkan umur...

4th march 2007

Bertambah lah lagik umur aku.Tak pernah menganggap diri ini tua tapi cuma dah bertambah matang. Sejak2 dah bertambah umur nie, makin banyak tanggungjawab. Banyak benda yang dirancang masih belum dibuat dan terpaksa dilakukan sebelum akhir tahun ini.
Adus, cepatnya masa berlalu.Rasa frust giler apabila keseronokan hidup solo yang kini berada di tahap klimaks, cuma bertahan untuk waktu sekejap sahaja. Ahaks....

Beautiful lies...

Monday

kasut tinggi dan kasut tak tinggi..

Benda yang aku nak beli nie ada di jual dekat plaza plangi jer. So nak tak nak kena lah pie sana... Selepas aku park keter, aku terus menuju kat kedai tue. Tengah bejalan-jalan, tetiba aku dengar macam ada org panggil. Aku buat bdoh n terus jalan jer.
Eh, makin kuat pulak org tue panggil. Aku tgk belakang rupa-rupanya mmg ada makhluk yang panggil aku.Ish, kawan ku nie dah lama aku tak ketemu. Last zaman skolah dulu. Sedang aku berbual-bual ala sempoi, aku perhatikan dia nie mmg dah banyak berubah.Dulu kat skolah memang selebet. Dulu masa kat sekolah aku tak lah rapat sangat ngan minah nie. Tapi, dia nie dok jadik bahan ketawa aku dengan member2 group aku yang lain.

Skang nie dah 'keebaabomm''...Sbb apa aku kata mcm tue. Sbb nya:
1.Dia dah pandai make up.
2.Pandai dressing
3. Mcm klass jer
4.Pakai high heel beb
5. Bebual pun mcm nak ala-ala minah high standard jer...

Dia kata, aku tak berubah. Sama jer macam zaman sekolah. Aku tak tahu lah mata dia nie 'keroo' agaknya. Sbb aku rasa aku dah tinggi sket walaupun tak pakai kasut tinggi.Tapi aku rasa, aku tau kenapa dia cakap macm tue. Sbb nyer.... mungkin aku tak macam dia kot.

1. tak make up (sbb ada org kata muka aku kalau make up lagik hudus. Sbb aku nie natural beauty... Nie org kata eh. Buka aku reka citer)
2.sbb aku tak pakai high hill (Sakit tau pakai high hill. Aku lebih selesa pakai selipar jer kalau boleh. Tak pun pakai kasut PUMA aku tue)
3.bab branded. Ada lah jugak yg branded. Mungkin sbb aku nie nampak sempoi, benda mahal pun org tak perasan.
4.Sbb aku tak dressing ala-ala 'minak gerek' (Aku lebih suka pada yang simple dan kemas. Tapi actractive)

So, selepas hampir 5 min setengah bebual aku meminta diri. Aku nak cepat babe. Lagipun aku tgk 'pakwe' dia mcm dah resah semacam jer. Ok loh, lepas bertukar no hp, dia sempat berbisik ke telinga aku.. dia cakap... 'eh, ko nampak sweet lah babe'. ..
Huuhuu...